We Are Family

We Are Family

Selasa, 10 Disember 2013

Cheese Cake Biskut

Kek ni amat senang di buat..tidak perlu di masak..cuma bahan-bahan kena cukup..mula-mula baca kat sebuah blog, rasa teruja nak buat..lepas buat, dah siap kek hasilnya amat memuaskan hati..sangat..sangat..sangat..SEDAPPPPP..tidak rugi untuk di cuba.

Bahan-bahan Untuk membuat Cheese Cake Biskut:-

Cream Cheese (250g)

1/2 tin susu pekat manis
Susu Segar (Dutch Lady)
Oreo biskut coklat 
Nestum
Biskut Hup Seng (Deluxe Crackers)


Cara-Cara nak buat Cheese Cake Biskut:-


1. Pukul Cream Cheese sampai sebati guna stand mixer.

2. Masukkan 1/2 tin susu (Jangan Masukkan satu tin, setengah je)
3. Gaulkan sampai sebati kedua-dua bahan tadi.
4. Oreo biskut coklat dikisar sampai hancur.
5. Ambil Biscuit Deluxe Crackers celupkan ke dalam susu segar(celupkan je asal basah sikit jangan celup sampai lembik)
6. Susun biskut Deluxe Crackers yang telah di celup dengan susu segar dalam loyang.
7. Diatas biskut yang sudah di susun dan di celup, sapukan dengan rata Cream cheese yang sudah sebati tadi.
8. Lepas tu tabur Nestum keseluruh loyang.
9. Dan last sekali tabur oreo yang telah di kisar.
10.Ulang semula dari Celupkan biskut dalam susu segar sampai tabur oreo (ulang semula sampai biskut habis)
11.last sekali simpan dalam peti sejuk dah sejuk boleh makan.
















Selamat Mencuba...........

0 ulasan: